| SELAMAT DATANG KE IKA CHOMOT OFFICIAL | CODE ONLINE USER|| Follow or Dashboard

SWETTY :)

selamat datang ke blog ika yang tak seberapa ini

22 August 2012

syawal ke-3

assalamualaikum semua . salam lebaran . hari ini aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi dengan syawal ketiga , bersamaan 21 Ogos 2012 , hari selasa . harituu adalah hari yang paling paling bermakna buat aku :) nak tau apa yang jadi ? haa , raya ketiga adalah hari open house rumah adik angkat aku kat kuala kangsar . okayy . aku pergi sana tau . petang sebelum raya ketiga tuu , aku dah pun p beli tiket bas . tapi tiket bas yang nak p kuala kangsar tuu tadak . so aku plak bengong p ambik tiket bas p kemunting . 
 
ingatkan kemunting tuu dekat laa dengan kuala kangsar tuu . hahak . pukul tujuh pagi aku dah bertolak keluar dari rumah sebab nak kejar masa nak sampai kat jeti . yalahh . nak bas rapid tuu lama kodd . dalam pukui sembilan , aku sampai jeti , sampai sampai tuu , aku terus nak bas yang nak p kemunting tuu . sejam lebih gak la . dah sampai kemunting , aku cari bas nak p kuala kangsar . tapi tadak :( ayoyoo . pening aku . try nak naek teksi . nak tau berapa harga dia ? RM45 ! YA ALLAH . dalam hati aku duk kata aku nak bankrup dah . tapi salah aku jugak . gatai nak p jugak . hihik .
 
last last , aku ambik keputusan naik bas p ipoh plak . kalau aku tau dari awai kat kemuting tuu tadak bas , aku takkan beli tiket p kemunting tuu , sebab kat jeti , belambak tiket bas nak p ipoh . haishh . aku duk mai tadak mood , bara suma ada . last last , adik angkat aku yang kena marah . kesian dia kalau pikiaq pikiaq balik :( . dah sampai ipoh , cari plak bas pi kuala kangsar . nasib ada :) sampai sampai ja kuala kangsar , adik angkat aku mai ambik aku kat terminal :) alhamdulillah la sebab selamat sampai . dia tinggal alu kat masjid tuu , adik dia plak mai teman aku jalan pi rumah . mula mula perancangan kami , nak menyamar laa , aku ni sebagai senior adik aku tuu , tapi tak bleh nak tipu , abang dia kenal aku la , mak dia pun . haishh . malu aihh . tapi nasib la mak dia tak marah . hihik 
 
ramai jugak la adik beradik dia datang rumah . malu la . nak tau , adik beradik dia suma pandai pandai auw . keja besaq besaq . okayy . makan makan ja , depa suma ada sesi tangkap gambar plak . so , aku ambik keputusan duk kat luar jalahh . ya allah . tenang ja duk kat situu . kalau la aku pun ada rumah macamtuu , kan besh :D buleh berangan jalahh . dah nak dekat pukul 5 dah . mula mula tuu racang nak balik naik bas la . pastuu , tiket habes plak . haiyoo ! maslah betoi . tapi kan kan . kebetulan plak malam tuu ayah dia ada jamuan kat kedah dan kebetulan plak , adik aku nak balik sebab esok tuu ada tuisyen , dan aku pun tertumpang la ayah dan adik angkat aku tu balik .
 
segan gila . haa . ayah dia bawak keta , ya allah . serius takut . aku yang nak tertiduq kat belakang tak jadi . sebab terlampau takot . hahak . sampai sampai jeti , ayah dia bagi duit raya kat aku . nak tau berapa ? singgit ? tak tak :D sepuluh ringgit ? tak jugak :P  RM50 wooo . paling banyak aku dapat taun ni . nak tunggu balik kedah plak . nak tunggu duit raya dari pakcik aku <3

Daisypath Anniversary tickers