| SELAMAT DATANG KE IKA CHOMOT OFFICIAL | CODE ONLINE USER|| Follow or Dashboard

SWETTY :)

selamat datang ke blog ika yang tak seberapa ini

28 November 2013

 
 Selepas empat tahun spekulasi mengenai hubungan sebenar mereka, akhirnya pasangan selebriti popular tanah air, Zain Saidin dan Rozita Che Wan menemui kata sepakat. Cinta yang disemai mereka selama ini akan ke jenjang pelamin pada 11 Disember nanti.

Bahkan, biar pun ha­nya mengadakan sekali saja majlis persandingan yang bertempat di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, Selangor pada 13 Disember nanti, namun ia sudah dirancang dengan begitu baik.
Apatah lagi, perkahwinan selebriti yang mendapat jolokan ‘wedding of the year’ ini cukup hebat apabila mendapat tajaan daripada 28 penaja yang keseluruhannya bernilai RM13 juta.

Rozita, 40, yang ditanya mengenai debaran dirinya menghitung hari untuk bergelar ‘isteri orang’ semula berkata, dia teruja dan sangat bersyukur kerana akan menjadi teman hidup Zain yang sah tidak lama lagi.

Foto 
ZAIN dan Rozita impikan kehadiran dua orang cahaya mata.

Katanya, dia perlu membiasakan diri menguruskan keperluan suami selepas ini dan semoga semuanya lancar. Rozita berkata apa yang pasti dia akan cuba melakukan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya.

“Apapun, selepas majlis pengumuman ini (Isnin lalu) saya takkan lagi berjumpa dengan Zain sehinggalah hari kami diijabkabulkan nanti. Saya kena ambil kira juga pantang larang orang tua dulu-dulu.

“Kalau ikutkan Zain, dia nak jumpa tiap-tiap hari. Namun, pada saya rasanya ia tidaklah manis dan lebih baik kami bersabar dulu sehingga segala urusan majlis terutamanya upacara akad nikah selesai,” katanya.

Mengulas mengenai penerimaan dua orang anak lelakinya dengan keputusan untuk berkahwin itu, Rozita berkata, dia sudah berbincang dan memberikan penjelasan sebenar kepada mereka.

“Kasih sayang saya sebagai ibu kepada dua orang anak saya takkan sedikit pun berubah. Saya akan tetap menyayangi mereka selaku darah daging saya manakala, sayang pada Zain pula kerana dia suami saya.

“Syukur anak-anak saya sudah faham dan dapat menerimanya. Bahkan, dia atas permintaan anak-anak dan Zain juga, saya akan pasti memasak untuk keluarga pada setiap hujung minggu dan ada kelapangan masa,” katanya.

Berbicara mengenai tajaan perkahwinan­nya yang mungkin mencetuskan sensasi kerana mendapat tajaan paling besar dan mewah, Rozita berkata, dia sudah tidak kisah dengan apa saja pandangan orang.

Ujarnya, biarlah apa pun orang hendak cakap kerana itu hak mereka. Pada Rozita, dia sudah tidak mahu ambing pusing lagi kerana dirinya sudah lali menghadapi
pelbagai cerita sensasi dan kontroversi.


Zain ikut jejak bapa apabila memilih mengahwini Rozita

Biarpun jarak usia Zain dan Rozita berbeza 11 tahun, nyata ia bukan halangan bagi pelakon kacak berusia 29 tahun ini meneruskan impiannya untuk membina mahligai perkahwinan dengan insan tersayang.

Zain berkata dia menerima kehadiran Rozita bersama dua orang anak di dalam hidup­nya dengan hati terbuka. Apatah lagi, katanya dia mengikut jejak langkah bapanya yang berkahwin dengan wanita ber­status janda.

“Sebelum berkahwin dengan ayah, ibu saya berstatus ibu tunggal kepada seorang anak. Apapun, ayah saya boleh saya menerima kehadiran ibu dalam hidupnya dengan baik sehingga kini.

“Jadi, kehidupan bahagia yang dilalui ibu bapa saya sekarang menjadi pendorong serta pemangkin semangat kepada saya untuk menjaga Rozita dan anak-anaknya sebaik mungkin.

“Macam Rozita, saya juga tidak kisah mengenai apa saja anggapan orang terhadap diri ini kerana biasanya mulut manusia mana boleh ditutup. Biarkan apa saja yang mereka hendak kata,” ujarnya.

Menyentuh pula mengenai perancangan keluarga, Zain berkata dia menyerahkan semua itu kepada ketentuan Ilahi tetapi pada masa sama pasangan sejoli ini mengimpikan dua orang cahaya mata.

Ujar Zain, apa saja yang akan dianugerahkan Tuhan kepada mereka nanti diterimanya dengan reda. Katanya dia tidak kisah sama ada dikurniakan zuriat lelaki atau perempuan.

Menyentuh soal karier lakonannya, Zain berkata buat masa sekarang dia sudah mula bercuti. Namun, katanya dia akan mula sibuk dengan segala urusan kerja pada Januari tahun depan.

Apa yang pasti, dua hari selepas majlis persandingan dia dan Rozita akan berbulan madu ke seluruh Eropah selama 19 hari. Jadi, setakat ini bolehlah lupakan dulu soal kerja .
Daisypath Anniversary tickers