| SELAMAT DATANG KE IKA CHOMOT OFFICIAL | CODE ONLINE USER|| Follow or Dashboard

SWETTY :)

selamat datang ke blog ika yang tak seberapa ini

18 September 2012

Berikan cintamu pada yang lebih memerlukan

Seorang muslimah yang solehah, dia tidak memandang, tidak dipandang.Hadirnya tidak diketahui, perginya tidak disedari. Akhlak pekerti harum mewangi, sulaman ukhuwah ikhlas bersemi, indah diri muslimah sejati, penduduk langit turut sanjungi. SubhanAllah.. Seorang muslimah, tertutup bagaimanapun dia tetap menjadi fitnah dan cubaan kepada lelaki. Dalam erti kata lain, yang mana apabila syaitan berputus asa untuk menyesatkan insan dalam perkara-perkara zahir dan nampak, maka syaitan akan mula meracuni dalam perkara kecil, melalui kebiasaan, melalui fitrah.
Bukan seorang dua insan yang datang menghulur salam perkenalan. Malah,yang hadir bukan juga calang-calang orang. Insan yang hebat-hebat belaka, tak setanding sungguh untuk dirinya yang khilaf serba serbi.
Sungguh, dia kesal,
Dia kesal menjadi sebab seorang pemimpin hilang karismanya, jatuh nilainya di hadapan mata yang terpimpin.Dia kesal menjadi sebab keluarga dianaktirikan, apabila pemuda Islam leka bermain cinta.
Dia kesal apabila seorang hafiz lupa pada kalimah Allah, sedangkan ingatan menjurus lebih pada bicara lahiriah muslimah.
Dia kesal apabila Islam dan fitrah dicemari fitnah, dipersalahkan atas pendiriannya yang menolak untuk perhubungan tanpa redhaNya.
Rendah serendahnya dia di hadapan Allah, jika satu persatu insan hebat, bakal mujahid Islam tumbang dan tewas kerananya.
Dia rasa terhina dengan kasih sayang yang tercurah, kerana sayang itu belum halal untuknya. Dia tumpang sedih dengan kekecewaan seorang pemuda, tatkala ditolak cintanya. Perkara yang haq tetap harus ditegakkan, meski ramai yang akan merasa pahitnya. Kerana jalan Allah ini bukan mudah, kalau semudah bicara pasti ramai yang ikut serta,bukan?
Muslimah itu, tatkala nekad pada jalan dakwah dan tarbiyyah, sudah memasang tabir hatinya kerana Allah. Tersingkapnya nanti, InshaAllah juga kerana izinNya, untuk seorang insan istimewa yang bakal menyokong perjuangannya.
*************************
Ingatlah insan,
Fitrah itu bukan untuk kau kekang, khuatir bila bolosnya ia dari pegangan, nafsu memberontak membabi buta.Fitrah itu sebaliknya untuk kau kawal, jadikan saham dan laluan untukmu ke syurga.
Terasa seperti pentingkan diri, jika seorang pemuda Islam hadir untuk huluran kasih sayang dan cinta tulus ikhlas, apabila ribuan saudara seIslam menderita menegakkan kalimah tauhid. Mereka lebih perlukan cinta setulus itu, insan.
Siang malam mereka menyeru umat Islam,
“Di mana kalian..? Di mana umat Islam?!”
Sungguh, ketulusan dan kegigihanmu meraih perhatian seorang insan yang belum halal bagimu, pasti lebih bermakna di sisi Rabb, jika kau persembahkan pada saudara seIslam mu yang sudah terlalu menderita.Mereka lebih perlukan kasih sayang itu, insan.
“Janji Allah itu bukankah pasti? Islam akan tertegak kembali di bumi!”
Ya, pasti! Tapi banggakah engkau jika aku dan dirimu menjadi pejuang-pejuang terpilih itu? Yang mana penghujungnya indah tak terperi, yakni kemenangan yang pasti ataupun syurga yang hakiki?
Adakah bahagian dalam rahmat Allah dan redhaNya untuk kita yang mengaku mujahid mujahidah Islam? InshaAllah, ada. Mulakan perjuanganmu insan, hatta sekecil-kecil usaha sekalipun! Persembahkan cintamu untuk agamaNya, perhalusi usahamu demi redhaNya.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya dia akan menolongmu dan memperteguh kedudukanmu.” (47:7)
…dan Dia pasti menolong kamu.
Akan tiba suatu masa akan dihadirkan insan yang terpilih itu untuk menyokong perjuanganmu. Ya, tapi bukan sekarang ketika tanggungjawabmu masih belum selesai.Fitrah bukan untuk menghukum. Cinta juga bukan satu hukuman.
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam Al Quran ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu ; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong” (22:78)
Beruntungnya kita dilahirkan Islam, Dia telah memilih kita, pastinya apa saja ujian yang dihadirkannya menjadi kafarah, ibrah malah pahala untuk kita, hanya jika kita berpegang teguh kepada apa yang digariskan olehNya.
Dakwah adalah satu bukti cinta sebanarnya kepada Yang Berhak, dan cinta itu pasti menuntut pengorbanan. Salam mujahadah! :)
Daisypath Anniversary tickers